Zin Power Tech (m) Sdn Bhd (489109-P)

Zin Power Tech (m) Sdn Bhd (489109-P)

05 Januari 2010

SEJARAH PENUBUHAN ZPT (M) sdn bhd

Sejarah penubuhan Syarikat Zin Power Tech (M) Sdn Bhd adalah kesinambungan dari pengalaman En. Mohd Zin Duraman sebagai kakitangan LLN (Lembaga Letrik Negara) di Unit Pencantum Kabel pada tahun 1980, yang mana selepas itu telah ditukar nama kepada TNB (Tenaga Nasional Berhad) sehingga sekarang.

Beliau menamatkan perkhidmatan beliau dari TNB pada tahun 1995 dan menubuhkan syarikat perseorangan atas nama Mohd Zin Cable Jointing Ent pada tahun 1996 sebelum menaik taraf syarikat kepada Zin Power Tech (M) Sdn Bhd pada tahun 1999 dengan modal berbayar sebanyak RM 100,000-00.

Berdasarkan pengalaman kerja beliau bersama LLN (10 tahun) dan TNB (5 tahun), serta ditambah lagi pengalaman menguruskan syarikat perseorangan (4 tahun) dan seterusnya sendirian berhad ( dari tahun 1998 sehingga kini), maka tidak hairan lah jika beliau adalah merupakan satu-satu nya anak Melayu (Bumiputera) dari Melaka pada masa itu (1999) yang telah diberi kepercayaan oleh EPE Distribution Sdn Bhd bagi kerja-kerja pembekalan elektrik (penyambungan dan merentang kabel 11 Kv hingga 33 Kv) untuk projek LRT Sistem 2 Kuala Lumpur (sila rujuk surat perakuan di lampiran). Kerja-kerja yang dilaksanakan adalah dari LRT Putra Pasar Tani hingga ke terminal LRT Gombak, KLIA, Cyberjaya, Putrajaya dan beberapa lagi tempat yang strategik dan mencabar.

Dan pada bulan Mac, 2002 pula, En. Mohd Zin, sekali lagi telah diberi mandat dan kepercayaan bagi membuat kontrak kerja-kerja tamatan (end-jointing) untuk 132 Kv “outdoor sealing end” dan sambungan terus kabel XLPE 800sq mm Cu di PMU Papan dibawah pengawasan seorang Penyelia dari CCC Gmbh German yang diuruskan oleh A&A Dinar Sdn Bhd (sila rujuk surat perakuan di lampiran).

Disamping itu, Zin Power Tech (M) Sdn Bhd juga telah diberi kepercayaan oleh Tenaga Nasional Bhd sebagai salah satu Vendor mereka disamping pengiktirafan dari beberapa syarikat Kontrator Utama dari segi pembahagian kerja bagi sesuatu projek yang dijalankan. Segala bentuk surat-surat akuan, sijil-sijil yang dimiliki serta anugerah-anugerah yang diperolehi boleh di rujuk di dalam lampiran-lampiran yang disediakan di akhir profail syarikat ini.

Objektif dan wawasan syarikat ini adalah untuk menjadi sebuah syarikat yang bertaraf profesional, berdaya saing dan komited terhadap kerja-kerja yang diberi / dianugerahkan dan kualiti hasil kerja mengikut standard spesifikasi dan piawaian pelanggan-pelanggan kami.

Tiada ulasan: